Tuesday, June 23, 2009

Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda

Tiada guna jika kita membina sesuatu laman web atau blog jika tiada pengunjung.
Apalagi jika kita letakkan iklan seperti Adsense, Advertlets ataupun Nuffnang.
Ini kerana pendapatan anda dari iklan-iklan tersebut adalah bergantung kepada berapa ramai pengunjung sesuatu laman web atau blog.
Terdapat banyak cara untuk menarik ramai pengunjung ke laman web atau blog kita, antaranya termasuklah mempromosikan laman web atau blog anda di enjin-enjin carian.
Antara enjin-enjin carian tersebut termasuklah Google, Siteadd.Com, Submitit.Com, Getsubmitted.Com, Trafficboost.Com dan banyak lagi.


Selain itu anda juga boleh mempromosikan laman web atau blog anda dengan meletakkan signature pada emel anda ataupun melakukan posting pada mana-mana forum dengan meletakkan signature berserta URL laman web atau blog anda.
Dengan cara demikian secara tidak langsung akan menambahkan lagi bilangan pengunjung ke laman web atau blog anda.


Selain dari cara di atas, berikan pengunjung sesuatu secara percuma, sebagai contoh e-book.
Pengunjung sukakan yang percuma dengan ini dapat menambahkan lagi bilangan pengunjung ke laman web atau blog anda.


Selain dari cara-cara yang saya sebutkan tadi, sebenarnya ada banyak lagi cara yang ingin saya sampaikan.
Tetapi adalah lebih baik saya berikan anda e-book yang bertajuk: 100 Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda yang diterbitkan oleh: RahsiaEbiz.Com.
E-book tersebut saya berikan kepada anda secara PERCUMA sebagai bahan rujukan dan panduan untuk anda.


Download Sekarang Secara Percuma

100 Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda


Selain itu juga saya juga menyediakan satu lagi e-book PERCUMA untuk anda yang bertajuk: Tag & Ping: Rahsia Menguasai Trafik Yang Tak Terhingga Dari Enjin Carian
Melalui e-book ini anda boleh menambahkan lagi teknik menguasai trafik dari enjin carian.


Download Sekarang Secara Percuma

Tag & Ping: Rahsia Menguasai Trafik Yang Tak Terhingga Dari Enjin Carian


Nota: Anda boleh sebarkan panduan ini secara percuma, tetapi tidak dibenarkan mengubah kandungannya melalui apa cara sekalipun.

Setiap panduan mempunyai hak cipta pengarangnya.

No comments:

Post a Comment