Friday, June 26, 2009

Download e-book

Salam sejahtera kepada semua pengunjung, saya ingin meminta maaf atas masalah untuk download semua e-book di dalam blog ini, kerana hosting EasyCash mempunyai masalah, oleh itu saya telah letakkan semua host e-book ini ke host Ziddu yang 100% percuma dan tidak mempunyai masalah semasa download. Mulai hari ini, semua e-book boleh download.



Wednesday, June 24, 2009

Earnings Nuffnang Pada 24 Jun 2009

Berikut adalah screen-shot earnings Nuffnang untuk blog aku di:
http://exception2008.blogspot.com/

Belum sebulan aku letak iklan kat blog aku ni, dah capai RM 5.00. Kalau tunggu dua tiga bulan lagi tak tahu lah berapa dapat. So tunggu apa lagi, cepatlah download e-book Panduan Nuffnang yang aku letak kat blog ni. Dari korang tunggu dari affiliate lain seperti perigi duit, telaga wang, pokok duit dan macam-macam lagi skim ponzi yang belum tentu dapat income, ada baiknya anda bina satu blog dan letakkan iklan Nuffnang di blog anda.

Tuesday, June 23, 2009

Panduan Membina Blog Dengan Blogger

Blogger.com merupakan sebuah website yang menyediakan khidmat blog percuma kepada pengguna Internet.
Web blog yang diberikan adalah PERCUMA dan sesiapa sahaja boleh memilikinya dengan beberapa syarat.
Terdapat juga website lain yang menyediakan khidmat web blog seperti Blogger.com, iaitu Wordpress.com.


Di Malaysia kebanyakan anak muda sekarang sudah mempunyai blog sendiri.
Samaada ianya dibina untuk menyampaikan sesuatu berita, gossip artis, affiliate, muat turun percuma dan lain-lain.
Malah melalui blog juga anda boleh menjana pendapatan berdasarkan bilangan pengunjung yang melawat ke web blog anda.
Anda dibenarkan meletakkan iklan di dalam blog anda bagi meraih pendapatan melalui lawatan pengunjung ke web log anda atau setiap klik pada iklan yang terpapar pada web blog anda.
Antara yang menyediakan khidmat meletakkan iklan mereka di web blog anda termasuklah Adsense, Nuffnang, Advertlets, Gokita, Chitika, Adbrite dan lain-lain.


Sukacita ingin saya maklumkan bahawa saya telah sediakan e-book PERCUMA untuk anda.
E-book tersebut bertajuk: Panduan Membuat Blog Dengan Blogger.com.
Selain e-book ini saya juga berikan kepada anda sebuah lagi e-book yang bertajuk: Preview Percuma Panduan Asas Blogger juga secara PERCUMA.
Jadi tunggu apa lagi, sekaranglah masanya untuk anda mula membina blog anda sendiri.



Download Sekarang Secara Percuma

Panduan Membuat Blog Dengan Blogger.com

Preview Percuma Panduan Asas Blogger


Nota: Anda boleh sebarkan panduan ini secara percuma, tetapi tidak dibenarkan mengubah kandungannya melalui apa cara sekalipun.

Setiap panduan mempunyai hak cipta pengarangnya.

Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda

Tiada guna jika kita membina sesuatu laman web atau blog jika tiada pengunjung.
Apalagi jika kita letakkan iklan seperti Adsense, Advertlets ataupun Nuffnang.
Ini kerana pendapatan anda dari iklan-iklan tersebut adalah bergantung kepada berapa ramai pengunjung sesuatu laman web atau blog.
Terdapat banyak cara untuk menarik ramai pengunjung ke laman web atau blog kita, antaranya termasuklah mempromosikan laman web atau blog anda di enjin-enjin carian.
Antara enjin-enjin carian tersebut termasuklah Google, Siteadd.Com, Submitit.Com, Getsubmitted.Com, Trafficboost.Com dan banyak lagi.


Selain itu anda juga boleh mempromosikan laman web atau blog anda dengan meletakkan signature pada emel anda ataupun melakukan posting pada mana-mana forum dengan meletakkan signature berserta URL laman web atau blog anda.
Dengan cara demikian secara tidak langsung akan menambahkan lagi bilangan pengunjung ke laman web atau blog anda.


Selain dari cara di atas, berikan pengunjung sesuatu secara percuma, sebagai contoh e-book.
Pengunjung sukakan yang percuma dengan ini dapat menambahkan lagi bilangan pengunjung ke laman web atau blog anda.


Selain dari cara-cara yang saya sebutkan tadi, sebenarnya ada banyak lagi cara yang ingin saya sampaikan.
Tetapi adalah lebih baik saya berikan anda e-book yang bertajuk: 100 Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda yang diterbitkan oleh: RahsiaEbiz.Com.
E-book tersebut saya berikan kepada anda secara PERCUMA sebagai bahan rujukan dan panduan untuk anda.


Download Sekarang Secara Percuma

100 Cara Untuk Tingkatkan Web Trafik Anda


Selain itu juga saya juga menyediakan satu lagi e-book PERCUMA untuk anda yang bertajuk: Tag & Ping: Rahsia Menguasai Trafik Yang Tak Terhingga Dari Enjin Carian
Melalui e-book ini anda boleh menambahkan lagi teknik menguasai trafik dari enjin carian.


Download Sekarang Secara Percuma

Tag & Ping: Rahsia Menguasai Trafik Yang Tak Terhingga Dari Enjin Carian


Nota: Anda boleh sebarkan panduan ini secara percuma, tetapi tidak dibenarkan mengubah kandungannya melalui apa cara sekalipun.

Setiap panduan mempunyai hak cipta pengarangnya.

Rahsia Menjana Wang Dengan Google Adsense



Google Adsense merupakan sejenis iklan yang disediakan oleh Google di mana mereka berkongsi pendapatan dari hasil klik iklan tersebut dengan webmaster atau pemilik blog yang meletakkan iklan Google Adsense di laman web atau blog mereka.
Google akan membayar setiap klik yang membawa traffic kepada pelanggan mereka.
Dalam erti kata lain, setiap klik pada iklan Google pada laman web atau blog anda, anda akan dibayar.


Ianya amat mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar di laman web Google Adsense, kemudian dapatkan kod iklan dan masukkan kod tersebut di tempat-tempat tertentu di dalam laman web atau blog anda.
Adsense merupakan iklan berdasarkan teks. Tidak seperti Nuffnang dan Advertlets yang memaparkan iklan berdasarkan imej.
Ianya tidak menganggu pengunjung laman web dan ianya juga mudah dibaca. Anda boleh meletakkan sehingga 3 iklan pada laman web atau blog anda.


Berapa banyak yang anda akan dapat pada setiap klik pada iklan di laman web atau blog anda?




Apakah syarat-syarat lain Google Adsense?

Apakah perkara yang membuatkan akaun Google Adsense kita ditahan atau kena banned?

Bagaimanakah cara pembayaran dibuat oleh Google kepada kita?



Segala persoalan di atas akan terjawab apabila anda membaca e-book yang saya sediakan di sini.
Anda bukan hanya boleh memiliki satu, tetapi tiga e-book secara PERCUMA!



Download Sekarang Secara Percuma

Ketahui Rahsia Menjana Wang Dengan Google Adsense

Laporan Percuma Google Adsense

3 Idea Buat Duit Di Blog


Nota: Anda boleh sebarkan panduan ini secara percuma, tetapi tidak dibenarkan mengubah kandungannya melalui apa cara sekalipun. Setiap panduan mempunyai hak cipta pengarangnya.

Monday, June 22, 2009

Buat duit dari blog anda dengan Nuffnang



Dengan meletakkan iklan Nuffnang di blog atau laman web anda sahaja dah boleh menjana pendapatan?
Perkara ini bukan gurauan, malah banyak blog-blog di Malaysia ini meletakkan iklan Nuffnang.
Jadi, apakah itu Nuffnang?


Untuk pengetahuan anda, Nuffnang telah diperkenalkan oleh dua orang sahabat
iaitu Timothy Tiah dan Cheong Ming Shen pada penghujung bulan Mei 2006.
Salah seorang dari mereka merupakan seorang blogger dan pernah menjana
pendapatan yang lumayan di
internet. Antara program yang
disertainya ialah Google
Adsense.
Berbekalkan pengalaman
yang mereka perolehi sepanjang menjadi seorang blogger, mereka telah
merancang untuk membina pasaran tersendiri khusus untuk negara Malaysia
dan Singapura.
Hasil dari perbincangan dan timing yang sesuai, mereka telah memperkenalkan
Nuffnang kepada umum.


Idea mereka ini telah diterima baik oleh kebanyakkan blogger di Malaysia apabila
ianya dilancarkan pada 27hb Februari 2007.
Memandangkan pasaran mereka mendapat permintaan di negara lain, maka
mereka telah melancarkan laman keahlian untuk warga Singapura pada 3hb
April 2007.




Hingga kini, Nuffnang telah mempunyai blogger berdaftar seramai lebih 40,000
orang di Malaysia dan Singapura. Nuffnang juga telah menerima banyak publisiti
terutamanya akhbar The Star Malaysia dan The Straits Times Singapura.


Malah banyak syarikat-syarikat besar yang melanggan dengan Nuffnang sebagai
pengiklan antaranya Digi, CitiBank, Honda, Toyota, Walls, Air Asia, Mudah,
Nokia, Nike, Nescafe, Twisties, Exabytes, F&N, MPH dan banyak lagi.


Mereka ini telah melabur terlalu banyak wang semata-mata untuk memaparkan
iklan-iklan mereka di Nuffnang. Setiap syarikat boleh melabur sehingga
RM30,000 untuk mendapatkan slot iklan di Nuffnang mengikut masa yang telah
ditetapkan.


Lebih menarik, pendapatan Nuffnang ini turut dikongsikan dengan ahli-ahlinya.
Pendapatan ini akan dibayar kepada mana-mana blogger yang berpotensi untuk
memaparkan iklan di laman blog mereka.


Setiap minggu, pihak Nuffnang akan menghantar makluman ke emel ahli dan
memaklumkan samada mereka terpilih untuk memaparkan iklan-iklan tersebut
atau tidak.


Untuk mengetahui lebih lanjut sila download e-book ini secara PERCUMA


4 Langkah Mudah Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Nuffnang


Panduan Langkah Demi Langkah Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Panduan Percuma Nuffnang - Rahsia Jana Trafik & Wang



Daftar segera di Nuffnang


Nota: Anda boleh sebarkan panduan ini secara percuma, tetapi tidak dibenarkan mengubah kandungannya melalui apa cara sekalipun.Setiap panduan mempunyai hak cipta pengarangnya.

Updates: Link ke download telah diubah ke host Ziddu, setelah host Sharecash mempunyai masalah untuk download.